Tak kenal maka tak cinta. (MAR)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah sama-sama merafakkan saya kesyukuran terhadap Allah SWT kerana telah memberi peluang untuk kita sama-sama mengenali penulis blogger ini. Ungkapan tak kenal maka tak cinta merupakan asas perkenalan saya hari ini. Saya bernama Muhammad Aiman yang berumur 21 Tahun, dilahirkan pada 04 April 1996 merupakan putera sulung daripada enam adik beradik. Nama samaran saya ialah Aiman dan dalam keluarga digelar Abang Long. Saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan juga. Saya mendapat pendidikan seawal usia empat tahun di Tadika Pasti Muaz bin Jabal, seterusnya masuk sekolah rendah di SK Paloh Pintu Gang pada usia tujuh tahun, melangkah masuk ke sekolah menengah yang hanya bersebelahan sekolah rendah sahaja iaitu SMK Pintu geng bermula tingkatan satu hingga lima dan menuju ke alam sekolah menengah tinggi pula yang tidak jauh dengan sekolah lama iaitu SMK Kota, Kota Bharu. Pada alam persekolahan tin...