Tak kenal maka tak cinta. (MAR)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah sama-sama merafakkan saya kesyukuran terhadap Allah SWT kerana telah memberi peluang untuk kita sama-sama mengenali penulis blogger ini. Ungkapan tak kenal maka tak cinta merupakan asas perkenalan saya hari ini. Saya bernama Muhammad Aiman yang berumur 21 Tahun, dilahirkan pada 04 April 1996 merupakan putera sulung daripada enam adik beradik. Nama samaran saya ialah Aiman dan dalam keluarga digelar Abang Long. Saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan juga. Saya mendapat pendidikan seawal usia empat tahun di Tadika Pasti Muaz bin Jabal, seterusnya masuk sekolah rendah di SK Paloh Pintu Gang pada usia tujuh tahun, melangkah masuk ke sekolah menengah yang hanya bersebelahan sekolah rendah sahaja iaitu SMK Pintu geng bermula tingkatan satu hingga lima dan menuju ke alam sekolah menengah tinggi pula yang tidak jauh dengan sekolah lama iaitu SMK Kota, Kota Bharu. Pada alam persekolahan tingkatan enam baru ada keinginan untuk memasuki universiti awam terutama USM,UM,UKM dan sebagainya. Alhamdulillah, berkat usaha, doa ibu bapa, para guru dan rakan-rakan hajat termakbul jua. Universiti yang saya dapat ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu USM yang terletak di Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Mendapat jurusan Sastera Ilmu Kemanusiaan bermajorkan Bahasa Melayu dan berminorkan Pengajian Islam. Seterusnya, salam perkenalan cinta hati saya, bapa bernama Razuki bin Ismail yang berumur 47 tahun dan bekerja sebagai pemandu di Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Nama cinta hati yang seterusnya pula ialah Rohayati binti Deraman yang berumur 42 tahun dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Berbalik kepada adik beradik pula, saya memiliki empat orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan yang masing-masing masih bersekolah lagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian sahaja perkenalan saya hari ini, insya-Allah ada peluang dan ruang jumpa lagi. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA; YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG

Diamnya diriku adalah diam yang bermakna, kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna.