PERIBAHASA; YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG
YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG.
Peribahasa
tersebut membawa maksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup
yang baharu. Perkara ini amat berkait secara langsung dengan dunia kita hari
ini kerana terdapat banyak perkara yang lama tetapi masih kita gunakan hari dan
telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Dalam kehidupan harian, tidak lari
daripada perumpamaan peribahasa tetapi sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya.
Siapakah penciptanya dan bilakah masa peribahasa tersebut dicipta. Peribahasa
haruslah dijunjung sebagai hasil kesusasteraan rakyat yang tidak mementingkan
nama penulis dan penciptanya. Ungkapan peribahasa terdapat keunggulan pemikiran
yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat
terhadap alam sekitar mereka.
Selain
itu, peribahasa juga adalah susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat
dan yang lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Peribahasa digunakan
dalam pertuturan harian dan menggambarkan sifat, kelakuan dan keadaan. Dalam
bidang pendidikan pula, peribahasa ini membawa maksud suatu ketika dahulu
kaedah belajar secara bertalaqi dengan tuan guru iaitu secara bersemuka dengan guru
dan dalam keadaan bulatan dan sebagainya. Tetapi, pada hari ini pendidikan kita
berubah sedikit iaitu terdapat juga pengajaran secara alam maya dan tiada guru
dihadapan. Kita dapat lihat, ilmu bukan disampaikan secara bersemuka namun
disampaikan secara berjauhan dan tidak secara langsung oleh guru kita.
Ulasan
Catat Ulasan