Diamnya diriku adalah diam yang bermakna, kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna.
Sumber: Google image
Hari-hari yang kita lalui semestinya penuh dengan pelbagai kata-kata yang keluar daripada mulut, iaitu secara lisan mahupun melalui perbuatan. Sebagai seoarang muslim, semasa kita diam adalah saat yang sesuai untuk berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Agama Islam menggalakan kita untuk berbuat demikian kerana setiap saat ada malaikat yang mencatat segala kebajikan yang kita buat. Ini juga merupakan pesanan untuk diri yang kerdil ini supaya tidak lalai daripada mengingati Sang Pencipta kita, iaitu Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jangan disangka orang yang diam itu lemah. Diam itu mungkin tanda dia cuba untuk membendung diri daripada berkata perkara sia-sia. Memetik kata-kata ini kerana kita perlu sentiasa bertafakur untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan terbaik.
Kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna merupakan membuat bising atau sekadar kata-kata kosong sahaja. Perkara ini adalah sangat tidak wajar untuk kita lakukan sebagai seorang yang mempunyai akal kerana boleh dianggap sia-sia dan tidak berakhlak mulia. Selain itu, perkara ini juga boleh menimbulkan fitnah secara langsung kepada orang sekeliling. Jikalau boleh, kita mesti mengelakkan perbuatan kecohku adalah kecoh tanpa makna kerana memang akan mendatangkan mudarat kepada kita.

Ulasan
Catat Ulasan