Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

PERIBAHASA; YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG

YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG. Peribahasa tersebut membawa maksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Perkara ini amat berkait secara langsung dengan dunia kita hari ini kerana terdapat banyak perkara yang lama tetapi masih kita gunakan hari dan telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Dalam kehidupan harian, tidak lari daripada perumpamaan peribahasa tetapi sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya. Siapakah penciptanya dan bilakah masa peribahasa tersebut dicipta. Peribahasa haruslah dijunjung sebagai hasil kesusasteraan rakyat yang tidak mementingkan nama penulis dan penciptanya. Ungkapan peribahasa terdapat keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Selain itu, peribahasa juga adalah susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat dan yang lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Peribahasa digunakan dalam pertuturan harian dan me...