Catatan

PERIBAHASA; YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG

YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG. Peribahasa tersebut membawa maksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Perkara ini amat berkait secara langsung dengan dunia kita hari ini kerana terdapat banyak perkara yang lama tetapi masih kita gunakan hari dan telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Dalam kehidupan harian, tidak lari daripada perumpamaan peribahasa tetapi sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya. Siapakah penciptanya dan bilakah masa peribahasa tersebut dicipta. Peribahasa haruslah dijunjung sebagai hasil kesusasteraan rakyat yang tidak mementingkan nama penulis dan penciptanya. Ungkapan peribahasa terdapat keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Selain itu, peribahasa juga adalah susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat dan yang lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Peribahasa digunakan dalam pertuturan harian dan me...

Diamnya diriku adalah diam yang bermakna, kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna.

Imej
Sumber: Google image Hari-hari yang kita lalui semestinya penuh dengan pelbagai kata-kata yang keluar daripada mulut, iaitu secara lisan mahupun melalui perbuatan. Sebagai seoarang muslim, semasa kita diam adalah saat yang sesuai untuk berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Agama Islam menggalakan kita untuk berbuat demikian kerana setiap saat ada malaikat yang mencatat segala kebajikan yang kita buat. Ini juga merupakan pesanan untuk diri yang kerdil ini supaya tidak lalai daripada mengingati Sang Pencipta kita, iaitu Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Jangan disangka orang yang diam itu lemah. Diam itu mungkin tanda dia cuba untuk membendung diri daripada berkata perkara sia-sia. Memetik kata-kata ini kerana kita perlu sentiasa bertafakur untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan terbaik. Kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna merupakan membuat bising atau sekadar kata-kata kosong sahaja. Perkara ini adalah sangat ti...

Tak kenal maka tak cinta. (MAR)

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah sama-sama merafakkan saya kesyukuran terhadap Allah SWT kerana telah memberi peluang untuk kita sama-sama mengenali penulis blogger ini. Ungkapan tak kenal maka tak cinta merupakan asas perkenalan saya hari ini. Saya bernama Muhammad Aiman yang berumur 21 Tahun, dilahirkan pada 04 April 1996 merupakan putera sulung daripada enam adik beradik. Nama samaran saya ialah Aiman dan dalam keluarga digelar Abang Long. Saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan juga. Saya mendapat pendidikan seawal usia empat tahun di Tadika Pasti Muaz bin Jabal, seterusnya masuk sekolah rendah di SK Paloh Pintu Gang pada usia tujuh tahun, melangkah masuk ke sekolah menengah yang hanya bersebelahan sekolah rendah sahaja iaitu SMK Pintu geng bermula tingkatan satu hingga lima dan menuju ke alam sekolah menengah tinggi pula yang tidak jauh dengan sekolah lama iaitu SMK Kota, Kota Bharu. Pada alam persekolahan tin...